Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya officially menjadi salah
sebahagian dari warga HAMs Malaysia pada 01 Apr 2016. Memegang CALLSIGN 9W2
BRG. Kelas B.
Walaupun tujuan asal hanya membeli Handy Talkie untuk SWL
orang ber QSO semasa musim banjir untuk mendapatkan maklumat terkini. Almaklumlah negeri-negeri di Pantai Timur apabila musim MONSUN hujung tahun
berisiko untuk banjir. Semasa itu perhubungan dengan orang sekeliling menjadi
amat penting.
Tetapi bila sudah ada radas di tangan, baru sedar ada satu
masalah lain. Radio di malaysia ni tertakluk pada akta Peraturan
Komunikasi dan Multimedia oleh
Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kegagalan untuk mengikuti
peraturan tersebut membolehkan anda didakwa dan denda menanti anda.
Oleh sebab itu aku dan beberapa orang rakan mengikuti kelas RAE
(Radio Amature Exam) yang di 'organise' oleh individu tertentu pada bulan Nov
2015. Biasanya kelas tersebut akan diadakan beberapa minggu sebelum peperiksaan
sebenar lebih kurang 4 sessi. Kalau betul-betul nak lulus exam, mmg wajib kena
hadir semua kelas. Terasa rugi juga kerana ilmu komunikasi tak ‘master’
betul-betul semasa dlm perkhidmatan ATM dahulu. Walau bagaimana pun terdapat
perbezaan yang agak ketara antara peralatan dan SOP perhubungan radio amatur dengan tentera.
Kebetulan memang nasib baik exam RAE pada tahun tersebut
diadakan di Universiti Malaysia Pahang. Kebiasaannya exam tersebut dilaksanakan
di Kuala Terengganu. Segalanya berjalan lancar semasa dalam proses menghadiri
kelas hinggalah untuk mendapatkan AROC (Amature Radio Operators Certificate/Sijil
Pengendali Radio Amatur) dan ASAA (Amature Station Apparatus Assignment /
Penguntukan Radas Stesyen Amatur).
Untuk rakan-rakan di luar sana yang berminat untuk menjadi
salah seorang daripada Hams (gelaran untuk seorang pengamal radio amatur yang
berlesen), antara proses yang perlu anda lakukan ialah cari seorang Hams yg
mempunya callsign, Dapatkan maklumat berkenaan kelab dan kelas serta proses
untuk mendapatkan lesen. Dunia Radio Amatur ini sangat luas. Banyak yang perlu
dipelajari untuk menjadi Elmers.
(gelaran untuk individu yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam ilmu
komunikasi radio meliputi perkara teknikal, peralatan komunikasi dan SOP).
1. Apakah itu Radio Amatur?
Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai
“Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi
melalui radio.Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan
rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang
telah ditetapkan.
2. Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini
telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress
Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia
pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah
mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara
mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio
komersil.
3. Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?
Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana
tempat, pada setiap masa. Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna,
terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang
kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan!
Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital.
4. Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati
hobi ini?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa,
tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai
yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan
selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan
mempelajari hobi ini.
5. Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?
Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama
harganya handpone biasa yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama
kosnya dengan satu komputer.Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan
Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil
Perakuan juga adalah rendah.Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk
menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda
boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri. 'Sekiranya anda ingin kos yg
murah, kena rajin buka toolbox untuk homebrew (istilah mod peralatan), Jika
sebaliknya.. kena rajin buka wallet anda'. Pilihan ditangan anda.
6. Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan
bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai
halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh
adalah halaman web Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur
Radio Transmitters Society’s “MARTS”), ASTRA dan sbgnya.
7. Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio
Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan
sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah
warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:-
Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B;
atau- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil
Perakuan Kelas A.
8. Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?
Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian
yang diadakan..
9. Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap
tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi
Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.
10. Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari
fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh
dunia.
Callsign (Kod panggilan)Setiap Amatur mempunyai kod @
callsign.
Di Malaysia Barat : 9M2 & 9W2.
Di Serawak 9M8 & 9W8. Manakala di Sabah 9M6 & 9W6.
9M ialah kelas A yang lulus RAE & ujian morse kod. 9W
ialah kelas B iaitu mereka yang lulus RAE sahaja.
Berikut disenaraikan antara Q-Qode dan istilah yang
digunakan semasa kegunaan komunikasi:
QRA : Nama stesen/handle anda
QTH: Lokasi
QRK : Tahap jelas pancaran(R1-R5)
QRL : Frekuensi sedang digunakan @ sibuk
QRM : Ganguan dari stesen lain
QRO : Tingkatkan kuasa pancaran @ High power
QRP : Rendahkan kuasa pancaran @ Low power
QRT : Berhenti memancar
QRU : Sekian sahaja dari saya (mesej)
QRV : Anda sudah bersedia @ saya sudah bersedia
QRX : Berhenti utk seketika @ akan kembali semula pada
(masa) @ standby
QRZ : Siapa yg memanggil
QSA : Kekuatan signal (S1-S9)
QSP : Menyampaikan mesej
QST : Perhatian semua stesen
QSY : Bertukar (pancaran) ke frekuensi lainQTH : Lokasi anda
QTR : Masa (jam)
QRG : Frekuensi yang lazim digunakan semasa
QSO:73 : Salam bahagia/salam sejahtera
QSL: comfirmation for info
jalopy : kereta
XYL : Isteri
YL : Wanita tanpa mengira umur
7 3: Salam sejahtera
Harmonic : Anak
WX : Keadaan cuaca
SWL: Short Wave Listener
Lima Lima : No tel fixed line
Loceng Terbang : No HP
Budak kecil: Handy Talkie
BAGAIMANA UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DIDALAM RADIO AMATUR
Untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur, pengendali
mestilah memegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur yang dikeluarkan oleh
SKMM ( MCMC ). Permohonan boleh di buat dimana-mana pejabat Wilayah SKMM ( MCMC
). Tanda Panggilan ( CallSign ) akan diberikan kepada pemohon yang berjaya
mengikut Kelas Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur. Sijil Penguntukan Radas
Radio Amatur membenarkan pemegang untuk mengambil bahagian dan mengoperasikan
Stesyen Radio Amatur.
Peruntukan Tanda Panggilan ( Call Sign ) di Malaysia adalah
seperti berikut :
Semenanjung Malaysia - Kelas A - 9 M 2 x x xKelas B - 9 W 2
x x x
Sabah - Kelas A - 9 M 6 x x xKelas B - 9 W 6 x x x
Sarawak - Kelas A - 9 M 8 x x xKelas B - 9 W 8 x x x
PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR (ASAA)
Semua Stesyen Radio Amatur mestilah mempunyai lesen yang sah
daripada SKMM ( MCMC ) sebagai sebuah badan berkuasa untuk industri komunikasi
di Malaysia. Anda mestilah memiliki sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA
) untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur.
Di bawah kategori radio amatur terdapat tiga kelas iaitu :
1. Permohonan untuk Penguntukan Radas ( Perkhidmatan Amatur
) ASAA kelas A dan B
2. Permohonan untuk Penguntukan Radas ( Perkhidmatan Mobil )
borang untuk Stesyen Pengulang ( Repeater ) Amatur.
Tempoh sah Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) adalah
diantara 3 bulan hingga 5 tahun.
KELAYAKAN UNTUK
MEMOHON PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR
Untuk kelayakan , pemohon mestilah :
1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk kelas A dan
berumur tidak kurang dari 14 tahun untuk kelas B
Bagi pemohon dibawah umur 21 tahun, dikehendaki mendapat
pengesahan daripada ibubapa, penjaga atau mana-mana pihak yang akan
bertanggungjawab.
2. Warganegara Malaysia atau warganegara asing yang
mempunyai perjanjian timbal balik ( Reciprocal Aggrement ) dengan Malaysia.
3. Pemegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur ( AROC )
kelas A atau B hendaklah mengemukakan salinan keputusan Peperiksaan Radio
Amatur kepada SKMM ( MCMC ).
KEPERLUAN PEMATUHAN
Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA )
mestilah akur dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang dan
pindaan yang dibuat.
KEPERLUAN PEMATUHAN ANTARABANGSA
Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA )
mestilah akur dengan Peraturan Radio ( Radio Regulation ) Kesatuan
Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) dan Konvensyen Telekomunikasi Antarabangsa
( ITC ).
Penggunaan ulangan untuk stesyen pengulang yang
mengoperasikan jalur Ulangan Amat Tinggi ( VHF ) dan Ulangan Teramat Tinggi (
UHF ) dalam jarak 50 kilometer daripada sempadan Malaysia akan memerlukan
Koordinasi Sempadan dengan negara jiran berkenaan.
YURAN PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR
Yuran Penguntukan Radas Radio Amatur adalah seperti jadual
dibawah :
Kelas Yuran Permohonan Yuran TahunanKelas A RM 60.00 RM
36.00Kelas B RM 60.00 RM 24.00Stesen Pengulang Amatur RM 60.00 RM 60.00
PEPERIKSAAN
Terdapat dua jenis peperiksaan Radio Amatur :
1. Peperiksaan bertulis Radio Amatur ( RAE ).
2. Peperiksaan amali Kod Morse ( CW Test ).
PEPERIKSAAN RADIO AMATUR ( RAE )
Peperiksaan bertulis merangkumi tajuk-tajuk berikut ;
1. Teori Eletrik , Eletronik dan Radio Komunikasi.
2. Teori dan Operasi peralatan radio termasuk sistem antenna
, pemancar , penerima , amplitude , modulasi ulangan dan teknik single
sideband.
3. Peraturan yang dibuat dibawah akta yang membolehkan
mana-mana stesyen ujud dan beroperasi dan termasuk perkhidmatan kajian amatur.
4. Peraturan Radio Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (
ITU ) membolehkan stesyen radio amatur beroperasi dan melakukan kajian dan
tertakluk kepada peraturan operasi stesyen radio amatur secara amnya.
Terdapat 100 soalan didalam peperiksaan ini dalam bentuk
objektif dan calun diberi masa selama 3 jam untuk menjawab kesemua soalan.
Setiap jawapan yang salah tidak akan dipotong markah.
UJIAN KOD MORSE ( CW TEST )
Adalah satu peperiksaan amali untuk mengukur keupayaan dan
kemahiran pengendali stesyen radio amatur.
1. Berupaya menghantar mesej dengan betul dengan menggunakan
kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam
tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod
’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.
2. Berupaya menerima mesej dengan betul dengan menggunakan
kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam
tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod
’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.
Calun mestilah berupaya mengantar mesej sebanyak 36
perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam
masa tiga minit dengan kelajuan 12 perkataan seminit tanpa isyarat pembetulan.
Maksimum empat kesalahan dan empat isyarat pembetulan adalah dibenarkan.
Calon mestilah berupaya menerima mesej sebanyak 36 perkataan
( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga
minit dan setiap angka dan huruf yang diterima salah dikira satu kesilapan.
Satu perkataan yang mana satu atau lebih huruf yang diterima salah dikira dua
kesilapan. Maksimum empat kesilapan didalam bahasa biasa dan maksimum dua angka
yang diterima salah dibenarkan.
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Peperiksaan akan diadakan dari masa ke semasa. Tarikh , Masa
dan Tempat akan ditentukan oleh SKMM ( MCMC ). Notis penghebahan akan dibuat
melalui media cetak dan eletronik. Terma dan syarat , peraturan permohonan ,
cara pembayaran dan lain-lain yang berkaitan dengan peperiksaan akan juga
dimaklumkan.
YURAN PEPERIKSAAN
Yuran peperiksaan adalah seperti berikut :
1. Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) - RM 50.00
2. Ujian Kod Morse ( CW TEST ) - RM 50.00
Yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kepada calun
sekiranya menarik diri atau tidak hadir pada tarik peperiksaan. Yuran tidak
boleh dipindah dari satu tarikh peperiksaan ke tarikh peperiksaan yang lain
atau dari calun kepada calun yang lain.
HAD KELAYAKAN UMUR
Had kelayakan umur minima untuk menduduki Peperiksaan Radio
Amatur ( RAE ) adalah 14 tahun.
Had kelayakan umur minima untuk menduduki Ujian Morse Kod (
CW Test ) adalah 18 tahun.
Stesyen Radio Amatur Kelas A diberi keutamaan untuk
pemancaran kuasa tinggi tetapi perlu mengambil kira dan bertanggungjawab ketika
beroperasi/mengendali stesyen.
PERKARA-PERKARA YANG DIBENARKAN
Pengendali Stesyen Radio Amatur kebiasaannya dikenali
sebagai ” Ham Radio Operator ” atau ” HAM ” . Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan
adalah seperti berikut :
1. Berkomunikasi dengan stesyen radio amatur di seluruh
dunia dengan radio HF.
2. Berkomunikasi diantara bandar-bandar dengan menggunakan
radio VHF dan UHF.
3. Memberi perkhidmatan komunikasi ketika berlakunya bencana
alam sekiranya tidakterdapat alat komunikasi yang lain atau tidak berfungsi.
4. Membina sendiri radio , alat pemancar , alat penerima dan
antena.
5. Berkomunikasi melalui satelit amatur di orbit tanpa
sebarang kos.
6. Berkomunikasi dengan angkasawan ketika mengelilingi
dunia.
7. Membuat kajian dengan Amatur TV ( ATV ) , Slow Scan TV (
SSTV ) atau menghantar gambar potret dengan menggunakan faksimili.
8. Mengambil bahagian didalam sebarang pertandingan Radio
Amatur atau membina sendiri peralatan pandu arah.
9. Mengambil bahagian dalam aktiviti mencari dan menyelamat.
PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN
Secara khususnya , terdapat beberapa perkara yang mana
stesyen radio amatur dilarang melakukannya :
1. Pengendali stesyen radio amatur dilarang sama sekali
mencari sumber kewangan melalui radio.
2. Pengendali stesyen radio amatur dilarang sama sekali
memancarkan siaran kepada umum. Pemancaran radio amatur adalah untuk diterima
oleh pengendali stesyen radio amatur sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan